Sunday 2 March 2014

-NO TITTLE-


BAB 3

“Nur Addin Edina!Denda lima stadium!”

Edina nganga. Sarjan ni gila ke apa?Stadium tu punya lah besar walaupun tak sebesar Staduim Bukit Jalil tapi...boleh sesak nafas kut.Lima round tu.

“Edina!”

“Ya saya!.”Edina menyahut seruan comrade kawat.
Go!Now!” Mata sarjan tersebut mencerun.

Edina melangkah ke tempat larian.Dia ni,memang sengaja buat aku jadi gila.Kalau dibuatnya satu dua pusingan tak pe lah jugak,ni main hentam jadi lima.Memanglah,dia nak aku pengsan agaknya.Dah tahu orang ni jenis yang tak boleh blah dengan benda-benda macam gini,dibuatnya jugak.Kalau lepas ni aku pengsan sesak nafas ke mati tercungap ke,dia ni lah puncanya.

Memanglah kalau diikutkan dia  bukan seorang  yang lemah.Lari sikit pengsan,lari sikit pengsan tu bukan dia.Kalau nak suruh dia lari sepuluh pusingan pun boleh sebenarnya tapi dia bukan seorang  yang terlebih rajin untuk itu.Baiklah  duduk bilik baca Stephen King ke apa.Asal lah boleh terikut cadangan bernas si Ayad tu.Kawat konon.Ni bukan kawat dah ni...Ni namanya latihan maroton.



Dia duduk bercangkung.Membetulkan ikatan tali kasut yang terlerai.Terdengar jeritan kecil di belakangnya.Orang belakang tersemban ke tanah angkara dia yang memberhentikan kawat.Barisan kawat pun jadi kucar-kacir.

“Edina!”

“Ya,saya!”

“Kenapa berhenti?!”

“Tali kasut tercabut sarjan!”

Terdengar gelakan kecil dan suara orang yang batuk.Cover gelak.

Dan disitulah,bermulanya dia kena denda.

 Kaki meneruskan larian.Masuk round yang keempat.Dari jauh pun dapat dengan suara sarjan menjerit.Menempik.Huu...memang suara dia kuat aaa...Duduk jauh pun boleh dengar betul-betul suara dia.Tabik spring kepada sarjan kita.Mulut mencebik.Tabik spring apanya kalau dera orang dengan cara macam ni.

Larian diteruskan walaupun rasa macam nak pitam.Sebenarnya buat-buat rasa nak pitam je.Eleh,kalau setakat lima round tu apalah sangat kalau nak dibandingkan masa duk kolej dulu.Pernahlah dapat dalam dua puluh round.Tapi tu lain,tu kolej untuk tentera.Memanglah kena strict sikit.

Dan tiba-tiba dia rasa badan melayang .Jatuh.Lutut dan rasa pedih.Tangan dah rasa macam panas.Kaki rasa macam tak boleh nak gerak.Gerenti terseliuh ni. Macam manalah  boleh melayang.

Bunyi suara orang berkawat tak jauh dari pendengarannya.And bila pusing kiri,nampak kasut kawat yang berkilap lak-lak bling-bling.

“Kenapa  duduk?!”

Nampak macam duduk ke ni?Dahsyatlah mata sarjan kita.Boleh dia kata duduk.Ni dah macam gaya orang yang mintak pertolongan cemas.Mulut senyap tak menjawab.

“Boleh bangun ke tak?”

“Tak kut.Kaki terseliuh ni.”

Dia memandang ke belakang.Ke arah ahli kawadnya. “Skuad!Senang diri!”

Semua ahli skuadnya bukak langkah.Sarjan tersebut melihat jam di pergelangan tangan.Dah pukul sebelas malam ni. “Okey kita berhenti.Esok sambung.”

Ahli kawat bersurai.Cuma tinggal geng mereka sahaja yang mendapatkan si Edina.

“Ed,macam mana kau boleh tersemban ni?”Suara si Elep concern.

“Boleh jalan?”Ayad bertanya.Edina geleng.Sakit kut nak berjalan.Duduk dengan betul pun tak boleh apatah lagi berdiri berjalan bagai.

“Macam ni lah. Elep  dengan Ayad papah Ed masuk area terrace.Pastu kita panggil warden yang jaga terrace Ed.”Juki dengan Payed bagi cadangan.Im dan Wowi mengangguk.Setuju dengan cadangan tersebut.

“Siapa warden terrace kau?”Wowi menanya.

“Cikgu Hana.Dia takde.Balik kampung.”Benz tolong menjawab.Che’Na memang balik pun tapi bukan balik kampunglah.Balik untuk tengok Ucu Yan.

“Kau satu terrace dengan dia ke Benz?” Giliran si Im pulak yang bertanya.“Korang pergilah balik terrace.Aku pergi call warden asrama Ed.Rasanya Cikgu Hana dah balik.”Benz berkata tanpa menjawab soalan Im.

“Tak pe ke ni?”Mereka semua bertanya.Kawan sakit boleh pulak blah cam tu.Tak bertimbang rasa punya kawan kalau cam tu.

“Tak pe.Lagipun dia jatuh masa kawat jadi aku lah yang kena bertanggungjawab.”Benz menjawab.Yang lain angguk.Faham. “Kalau macam tu kita orang blah dulu lah.Kalau ada apa-apa call.”Payed memberikan pesanan.Yang lain melambai sambil bergerak meninggalkan mereka berdua.

“Macam mana kau nak jalan ni?”Benz bertanya.

“Lahh...jalan kaki lah.”Berloyar buruk.

“Okey.”Benz bergerak meninggalkan Edina yang tengah cuba untuk bangun.

“Wehh...aku mana boleh jalan ni.”

“Tadi kau cakap jalan pakai kaki .Asal takleh jalan pulak?”Benz bertanya dalam nada menyindir.Siap bercekak pinggan lagi.

“Aku gurau je tu..Kau ni kut ye pun nak jadi lurus agak-agak lahh.”Edina menjawab.Siap di‘puji’ dan di‘perli’ lagi budak Benz tu. “Kau boleh bangun tak?”Benz angkat kening. “Tolong lah,aku tak boleh bangun ni.Kasut kawat ni dah la sekilo punya berat.”

Benz menghulurkan tangan.Nak tolong bangunkan.Erkk..boleh pegang ke ni? Lupa yang dia tu bukan ajnabi aku.Edina mencapai huluran tangan.Dan akhirnya dia dapat bangun tapi jalan...sikit-sikit macam nak jatuh.Sikit-sikit macam nak tumbang.Benz memapahnya.
“Kenapa kau tak call Che’Na?”Edina menanya kepada orang yang tengah membantu memapahnya. “Kau nak mampus ke kalau call Che’Na time gini.Dah tengah malam dah kut.Lagipun kalau aku bagi diorang papah kau masuk bilik kau gerenti dia hairan.Asal ada tanggalah.Asal ada tu lah.Ni lah.”Oooo...Si Benz ni cerdik jugak.Aku ingatkan bengap.Okey satu point untuk kecerdikan itu. Mereka berjalan tapi lambat sikitlah sebab ada orang tu jalan macam kura-kura sebab kaki terseliuh.
“Lambatlah kau jalan.” Benz membuka suara.Dia dari tadi duk tahan sabar sebab Edina jalan slow sangat.Memanglah dia memapah Edina tapi jalan tu selalunya dia yang duk depan dulu Edina di belakang.Terhinjut-hinjut.Buat slow orang nak masuk bilik je.
“Nak buat macam mana kaki aku sakit kut.”Edina buat muka seposen.Muka tolonglah jalan perlahan sikit,brother.Ehh...silap.Tolonglah jalan perlahan sikit ehem..ehem...sakit ni.Aku jadi camni pun sebab kau yang denda.
Benz berjalan ke arah stor sukan yang terdapat berdekatan dengan pintu stadium. Hailaaa...dia nak buat apa pulak tu? Lemah betul la aku dengan budak sorang ni.
Benz berjalan ke arahnya sambil menyorong kereta sorong. Jap, wait! Kereta-what? Kereta sorong?! “Erkk..Benz..kau nak buat apa ni?Nak kutip pasir ke apa? Dengan kereta sorong bagai?”Edina menanya Benz yang tengah pandang dia dengan muka yang tak berperasaan. “A’ah. Aku nak kutip mak pasir.” Benz menjawab.Edina pandang dia pelik. Mak pasir?Sejak bila pulak dalam dunia ni ada mak pasir? “Dah. Naik. Tak payah nak buat muka kelam macam tu lah.”
 “O....key.So, aku kena naik lah ni?”Edina menanya sekali lagi.Benz hanya angguk.Edina naik dan duduk. Benz mula menyorongnya.
 Tiba-tiba Edina buka mulut, “Benz sakit punggung ahh duduk atas ni.Dahlah kau bawak laju.Slow lah sikit.”  
Just shut up and sit if you want me to help you.This is better daripada duk tunggu kau melangkah ala-ala siput sesak nafas.” Tu dia dah keluar ayat sarkastikusnya.Mata yang macam ais kutub utara dah keluar.Edina senyap. “Tahan jelah.”Benz menambah.

Akhirnya sampai.Tapi bukan sampai dalam bilik dia.Bilik Benz.Jenuh kut Benz nak sorong nak papah  naik tangga bagai.Ni pun dah kira bersyukur tahap rahmat ada orang tolong .Kalau tak....duduk sensorang lah dalam stadium tu.

“Masuk bilik aku dululah.Kau pandai-pandai  naik tangga dalam yang ada kat bilik tu.”Benz memberikan arahan.Edina diletakkan di atas sofa.Pintu ditutup.Benz mencapai minyak angin dan memberikannya kepada Edina.

“Thanks.”Edina menyumurkan minyak angin ke kakinya dan mula mengurut urat yang tersalah.Benz yang tadi jadi pemerhati bangun menuju ke tandas untuk membersihkan diri.Tidak lama kemudian,dia keluar dengan pakaian yang sudah tersarung dan gigi yang dah bergosok.

Edina tiba-tiba bangun.Bergerak dengan terhincut-hincut menuju ke tangga. Benz memerhati. Dia mula melangkah naik ke tangga.Satu langkah.Dua langkah.Tiga..kaki berhenti melangkah kerana tak terlarat nak naik. “Asal tak naik?” Benz bertanya tetapi lebih kepada menyindir diri Edina. “Dah tahu yang kaki tu belum okey yang kau pergi jalan tu kenapa?”Benz mula membebel. “Dah turun.Biar aku tidur dalam bilik kau.Kau tidur dalam bilik aku.”

Edina turun balik tangga.Dia hampir tergelincir tetapi mujur Benz sempat menyambar lengannya. Dia memapah Edina ke katil. “Make sure  lepas tidur nanti kemas balik.”Arahan telah dikeluarkan oleh ais kutub utara a.k.a Benz.Edina angguk.Tahulah yang katil dia tu kemas,cantik ,bersih.Ingatkan orang ni tak pandai kemas balik ke?Edina menjuihkan bibir.Menyampah.


“Kau jangan chik.Kalau kau tak kemas, aku akan pastikan bilik kau macam lepas kena langgar dengan hurricane.” Benz memberi amaran.Edina mengangguk.Amaran daripada pihak penaja jangan dilupa,nanti diri yang merana.Huhh..meranalah sangat.Benz naik ke tingkat atas.Edina mmbetulkan tempat tidurnya yang di‘sewa’ untuk malam itu. Nasib badan lah ada orang yang macam tu dalam hidup.

Thursday 27 February 2014

-NO TITLE-

BAB 2   
   Edina berdiri menghayati keindahan malam di balkoni.Duk kira bintang.Hai...lambatnya nak keluar dari sekolah ni.Fikiran duk melayang fikir pasal masalah diorang.Dia dan Benz.

Rasanya terrace kat sini diorang je yang unik.Yelah dia duduk tingkat atas Benz duduk tingkat bawah.Memanglah orang takkan syak apa-apa sebab pintu masuk dengan pintu keluar tak sama dan kat sebelah ni ada cikgu yang menjaga.

Tapi kalau cikgu itu ialah Che’ Na yang dah tahu pasal diorang dan kerabat sefamily,memang tak payah nak risau sangat lah.Bilik dia dan bilik Benz ada tangga yang menyambungkan kedua-duanya.Untuk menyenangkan masalah kata parents mereka.

Kepala terus berpaling dari merenung bintang apabila terdengar pintu bilik terkuak.Nampak kepala seseorang di sebalik pintu.

“Turun bawah ibu panggil.Skype.”

Kepala diangguk dan menurut langkah orang yang kat depan.Kenapalah pulak ibu on skype tetiba.Taufan tak ribut salji pun tak.
  
   Sampai di tingkat bawah,langkah diatur menuju ke sofa dan duduk di sebelah orang  ais kutub utara tu.
  
   “Ibu Chik dah turun.”Mulut orang sebelah tu rajin memberithu ibu di ceruk bumi tu.

“Memanglah Chik dah turun takkan Chik tiba-tiba gaib kut,macam Harry Potter punya cerita tu.”Suara si along  yang duduk di sebelah ibu menyampuk,menyibuk dengan sengihan macam anak ayam.Perkataan yang sesuai: anak ayam yang gatal.

“Ehh,along ni.Ke situ pulak.”Ibu menegur dan berpaling menghadap orang yang berada di Malaysia.

“Korang boleh agak tak kenapa tiba-tiba ibu nak skype dengan korang?”

“Ada apa-apa news or permintaan ke?”Dua-dua menaya.Serentak.Si along sengih.Suka.

“A’ah.Ada penghuni baru dalam family kita!

  “Haa!!”

  Dua-dua serentak terjerit.Terkejut.
     

  “Ayong dah beranak ke?”

   “Laki pompuan?”  

   “Cute tak?”
   
“Bila dia lahir?”
    
      
      “Pukul berapa?”

  “Hospital mana?”
  
 “Nama dia apa?”
  
 “Ada rupa macam Chik tak?”

   “Mesti muka cam Benz punya”

   “Eleh...mesti cam Chik!”

   “Ehh,ehh,ehh.Stop!Korang ni.Sabar laa.Soalan ntahpapantah.Satu-satu laa.Okey ayong dah beranak.Laki.Dia lahir semalam,pukul 9.37.Kat Hospital Kuala Lumpur.Nama dia Ahmad Danial Rayyan.Rupa dia...jap..”

Si ibu cuba mengingati wajah si kecil.Along senyap.Memberi ibu peluang membut tanggapan tentang si Ucu Yan.

“Hidung macam Benz mancung.”

Benz senyum bangga.

“Rambut  ala-ala Chik.Tak lurus tak kerinting.”

Edina sengih teruja.

“Kulit  macam...”

Benz dan Edina tak sabar nak tunggu ayat seterusnya.

“Macam bapak dia.”

Dua-dua hampa.

Over all,macam muka mama dia,ayong.”
“Mesti dia cute kan?”

“Aah,dia cute macam along!”

Along menyampuk.Edina mencebik.

“Yelah sangat.”

Benz turut sama mencebik,membela bagi pihak Edina.Ha,ha,ha.Along takde geng.Sejak bila pulak si Benz pandai masuk pakatan Edina ni?

“Ibu hantar lah gambar Ucu Yan kat email Benz.Boleh Benz ngan Chik tengok.Ni duk pikir je muka budak tu.”

“Yelah bu..Cantik punya idea kau Benz.Nanti bolehlah Chik simpan dalam frame.Buat kenangan.”

“Amboi,dalam bab ni sepakat pulak korang.”

Dia-dua sengih.

    “Nanti korang dapatlah jaga Ucu Yan nanti bila balik cuti.Nanti takdelah orang tu komen bosanlah,tulah,nilah.”

Edina sengih.Benz pun.

 “Nanti boleh praktis jadi mak ayah sekali.” Along sekali lagi menyampuk.Dan modalnya tetap sama.Sengih.Benz dan Edina mati terus sengih.Macam bunga layu.

“Benz,kau ada rasa aura nak tumbuk orang tak?”

“Ada tapi dah naik martabat aura tu jadi macam nak kasi orang tu patah punya belakang badan je.”

Along buat muka tak kisah.Diorang ni memanglah,bercakap semangat semacam tapi bila jumpa bukan buat pun semua tu.Disebabkan tu jugaklah dia tak takut.

“Betul apa yang along cakap.Sambil-sambil korang jaga Ucu Yan tu boleh jugak praktis jadi mak ayah.Senang korang jugak kan.”

Aik.Tetiba je ibu sebelahkan along ni kenapa?Along memandang diorang. ‘See..aku dah kata’

“Korang tu jangan buat tak tahu,lepas umur lebih daripada yang sepatutnya,kita buat majlis.Despite korang ni tak  love each other,that’s not mean that korang tak kena respect each other jugak.Dah together tu kenalah respect.”

Benz dan Edina buat muka bosan.Ibu dan along dah buat slot motivasi ‘ rumah tangga harmoni datang daripada sikap hormat-menghormati’

Benz kuak mulut.Edina buat gaya ngantuk habisan.Tanda slot tidak diterima dan tidak mendapat sambutan yang hangat.
    
    “Tak payah buat muka ngantuklah korang.Pergi masuk tidur.”
   
 Benz dengan Edina sengih.Sporting lah ibu.Tahu je yang diorang ni bosan bab rumah tangga bagai ni.
    “Night bu,night long and kirim salam kat ayong dan Ucu Yan.”Pesanan disampaikan kepada along mereka.
                                                                   ..... ....... ........
    “Ed,kau tak nak masuk kawat ke?”Ayad bertanya.
    “Ada kosong ke?”
    “Jomlah masuk.Payed,Im,Juki,Elep and the rest semua masuk.Benz pun masuk tau.”
    
    “Apakah kaitan Benz dengan kawat ni?”
     
    Ayad sengih.Sengajalah tu nak buat isu.Sama je dengan si Elep.Wartawan melodi yang bertauliah betullah diorang ni.
                                                                      .... ..... .....








Thursday 20 February 2014

-NO TITLE-


BAB 1

Kaki berhenti melangkah apabila Sir Burhan  di hadapan kelas 5 Alba berhenti. Sir Burhan  kat tepi senyum. Senyuman dibalas walaupun rasa cuak semacam.

Okey class,there is our new friend from Kolej Tentera.

Kelas yang tadinya sunyi bising terus mengalahkan Pasar Borong Haji Wan Bedah apabila Sir Burhan memberitahu yang ada penghuni baru  di dalam kelas mereka.  

Class…calm down.”Sir Burhan menayang-nayangkan tangannya untuk bagi seisi kelas tu relaks.Sir Burhan berpaling dan senyum.Bagi laluan untuk memperkenalkan diri.

 “I’m Nur Addin Edina.Call me Ed

Benz berpaling kepada orang yang kat depan.Muka tu nampak relaks nak mati,macamlah orang tak tahu yang dalam tu berdegup tahap giga.Hai Chik,Chik.. takkan berjaya tipu orang ni laa.Edina yang perasan tenungan Benz yang macam nak tembus tu buat tak tahu. Benz hanya senyum.Senyum nak kena.

Sir Burhan angguk dengan bola mata berputar mencari tempat duduk kosong.

“Sir,sebelah saya!.”Juki menawarkan diri.

“Hoi mana boleh duduk sebelah kau.Naya budak tu nanti.Tepi saya sir!,” Im mencuba nasib.
“Tepi kau lagi la tak boleh,buaya tembaga!Sini,”Wowi mengangkat tangan dan ibu jari tanda tempat yang paling bagus adalah duduk sebelah dia.

“Asal kau orang yang kaum Adam pulak ni yang bising.Kitorang yang kaum Hawa ni tenang je. Macam ni lah sir,biar dia duduk sebelah saya.Lagi selamat banding duduk dengan mamat-mamat yang  fius terbakar tu.Selamat jiwa,raga dan otak,”Elep berkata dengan yakin siap duk bilang lagi jarinya betapa selamatnya diri Edina.

“Hahh,selamat kemendanya duk ngan kau kalau mulut duk pok pek pok pek twenty-four/seven.Sini tempat yang lebih better dari tempat duduk korang.”Ayad menunjukkan muka bajet cute.

“Sebelah tempat korang mana ada kosong lah..”Payed si ketua kelas bersuara akhirnya mendamaikan masalah yang timbul.Mana taknya nampak macam  masing-masing dah tunjuk amaran ni-aku-punya-buku-lima-jangan-main-main je gaya.Padahal tepi masing-masing bukannya ada tempat kosang.Over je lebih.

Seisi kelas dah jadi rebut balik.Lepas satu-satu menawarkan tempat duduk untuk si budak baru.Dah  macam gaya kanak-kanak rubena je. Ribena+tua=rubena.Molek lah tu.

Benz senyap.Sepi tak berkutik.Tanda tak nak ikut acara tawar menawar.Tengok tingkap lagi bagus kut daripada tengok orang duk bising-bising.Dia berpaling apabila terdengar Sir Burhan menyebut namanya.

Seisi kelas berpaling melihat reaksi Benz.Benz angkat kening,bertanya.Apa kesnya duk pandang aku semacam ni.Aku tumbuh tanduk ke apa.Benz meraba-raba atas kepala.Takde tanduk pun.Habis tu kenapa?

“Benz,sebelah awak tu kosong kan?”Sir Burhan bertanya lagi sekali apabila Benz nampak macam kelam tak faham kenapa orang ramai memandangnya.

“Erk..tak kut”Benz dah dapat rasa macam aura yang si budak Chik tu kena duduk sini je.

“ Eh,siapa pulak budak yang duk tepi awak tu Benz?”

“Hantu?”
                                                                       ... ... ...

Edina memandang orang sebelah.Nampak macam sibuk je dengan esei bionya.Haa sudah aku nak tanya siapa lagi ni kalau bukan dia.SiElep  yang berada di depan dah tersungkur syahid.Wowi dengan Im dah keluar berlatih bola keranjang.Budak sebelah ni pun sepatutnya pergi berlatih tapi macam manalah dia ni boleh miss latihan.Payed kena pergi Mesyuarat Ketu-ketua Kelas.Juki pergi kelas taek wan do dengan si Ayad.Budak-budak lain pun ikut jejak langakah si Elep,tersungkur syahid.

Nampak gayanya aku kena tanya budak sebelah ni jugak laa.

“Benz,buku rujukan add math kau beli kat mana?”

Diam.Pertanyaan yang diajukan tak berjawab,tak bersambut.Soalan ditanya sekali lagi.Dan sekali lagi senyap.Sepi.Soalan sama diajukan dan masih tetap dengan tiada jawapan.

“Hai..stress aku duduk sebelah orang yang pekak plus bisu ni.”
Senyap.Sepi.Eh,tak berjawab jugak?Sah budak ni ada masalah.Yang pasti masalah komunikasi.

“Kedai lah takkan aku beli kat bengkel kereta kut.”

“Ha.Ha.Ha.This is not a joke.Esok ada add math,mampus  lah aku kalau tak beli lagi buku tu.”

Orang di sebelah stay senyap.Macam takde apa-apa yang berlaku ke atas dirinya.Muka dah merah.Mata yang duk tenung Benz  dah macam keluar api.Berapi sebenarnya.

Benz buat tak layan.Sambung karang esei yang berkajang.

Ya Allah,kau tingkatkanlah kesabaranku.Mulut diketap.Gigi dikacip.Tangan digempalkan.Tanda sakit hati.

                                                          ...... ..... ..... .......

Muka disembankan ke meja study.Macam mana ni,macam mana ni?Buku rujukan add math tak beli lagi.Esok ada add math.Ya Allah.Serius petang tadi tak ingat pun nak pergi beli lepas ber’perang’ dengan budak Benz tu.Tambah pulak dia tak tahu beli kat mana. Dahlah Cikgu Rosmizal dah bagi homework.Homework yang sikitlah punya banyak.

Cikgu tu harap je kecik cili bukit plus suara slow tapi time dia mengamuk...fuh..menangis tak berlagu lah wehh...Cikgu tu pantang kalau ada alasan tak siap kerja sekolah,buku tertinggal,buku rujukan tak ada...

Itu warning pertama yang diberikan oleh Elep kepadanya petang tadi.Dan sekarang dia tak ada buku rujukan tersebut.Mampuslah kau kena sembur ngan Cikgu Rosmizal pagi esok.

Kita pergi beli nak?Idea yang berada di luar kotak mula mengetuk fikiran.Tapi...aku nak keluar macam mana ni?Terrace ni aku tak siap ronda lagi.Jalan keluar masuk pun aku tak tahu.Otak berfikir  dan akhirnya memberi respons.Gunakan tingkat bawah dan....
Tangan mencapai sweater,tudung, dan stoking.Pakai.Jam tangan diambil.Hampir pukul 2 pagi.Ada ke kedai buku kat area terrace ni yang bukak jam gini?Gila kau nak buat kerja gila time tengah pagi ni,Ed.Dahlah student baru.Kalau kat kolej dulu takpe lah,ada yang boleh tolong back up.

Kaki menuruni tangga berpilin.Hati-hati.Tak nak pagi orang yang kat bawah terjaga.Tangan mencapai torch light yang berada di dalam poket sweater.Kat bilik tingkat bawah ni gelap.Gerenti orang tu dah tidur.

Lampu suluh digerakkan  ke belakang membelakangi diri.Apabila kepala berpaling...

“Ooii.”

Ya Allah.Aku ingatkan siapa.Mujur tak melatah.Lempang jugak ngan torch light karang.Dapat benjol jelah jawapnya.

“Apa yang ooii-ooii?Kau ni..buat aku terkejut je.Kut ye pun nak tegur sopan lah sikit.”

“Yang kau ni buat apa kat bawah?Tak reti nak duduk atas ke?”

Mata yang macam ais kutub utara tu masih terserlah walaupun hanya dengan bayangan cahaya dari torch light.

Mulut senyap.Tak menjawab.

“Dah tak de mulut ke nak jawab?”

Masih senyap.Tak menjawab.

“Hai,stress aku bercakap dengan orang yang pekak plus bisu ni.”

Aik,macam pernah ku dengar ayat tersebut.Mata dibulatkan.Ooo..copy paste aku punya ayat.

Benz pandang Edina.Edina pandang lantai.Suasana senyap.Krik.Krik.Krik.Bunyi cengkerik menyanyi lagu bollywood versi Shah Rukh Khan.

“Woi,mak cik.Aku tanya kau ni.”

“Aku nak pergi beli buku laa.”

“Buku rujukan add math?

Tahu pulak dia.Edina pandang Benz.Hebat kau boleh teka apa aku nak beli.Kening Benz macam menjawab,’biasa aa aku ni kan Benz’.

“Tak payah beli.Aku dah belikan.”

Benz mengambil plastik putih  di atas meja jepunnya dan memberikan plastik tersebut kepada Edina.Edina nganga mulut sambil mencapainya.Lambat.

“Buku rujukan yang lain aku dah beli.Lain kali cakap kat aku yang kau tak de buku.Ni,senyap je.”

“Eleh..bukan ke aku dah tanya kau ke petang tadi?”

“Dah...jangan banyak songeh.Pergi naik atas balik.Tidur.Kau ni pun,otak tu terlebih makan kismis ke apa sampai yang kau pikir kedai buku bukak time gini?”Benz membebel dengan gaya ala-ala mak-mak bebel kan  anak-anak.Patut rakam je bagi dia tengok.Gerenti tak boleh tidur seminggu.Ngeri kut.

Edina buat muka tak bersalah.

Si Benz ni,nampak sangat tak ikhlas buat benda ni semua.Ni mesti Che’ Na yang suruh beli.Kalau tak takdenya dia rajin sangat nak beli benda ni semua.

“Emm.” Kaki diatur untuk naik ke tingkat atas.Naik ni kena buat homework ni pulak.Hai jawabnya tak tidur lah kau,Edina.

“Chik.”

Edina berpaling.

Homework aku dah buat.Kau just terus tidur je.”

Mulut nganga lagi.

                                                     .......  .........  .......
    
    Seisi kelas  senyap.Fokus.Cikgu Rosmizal menerangkan jalan penyelesaian bagi soalan add math tersebut.

     “Edina,boleh awak tolong tunjukkan cara jawab soalan nombor empat ni?”
  
      Badan mengeras.Mata dah jadi bulat.
  
      “Erk..ye cikgu.”
   
     Tangan mencapai marker pen yang diberikan dan mula menunjukkan jalan penyelesaian.Dan..dan...dan...akhirnya siap.
   
     “Okey,ni contoh jawapan yang betul.Simple awak punya jawapan Edina.”
    
       Mulut mengukirkan senyuman.Cuak jugak duduk depan tu.Mata memandang orang yang kat tepi.Melihat jawapannya untuk soalan tersebut.Ooo..betul pulak jawapan yang dia buat.
   
       Mulut mengukirkan senyuman.Cuak jugak duduk depan tu.Mata memandang orang yang kat tepi.Melihat jawapannya untuk soalan tersebut.Ooo..betul pulak jawapan yang dia buat. Semalam mujurlah tangan ni rajin nak belek balik jawapan dan mujur jugak terjumpa soalan yang salah pengiraan.Ada ke dua darab empat jawapannya enam.Dia tu memang sengaja nak kenakan orang .Walaupun mata time tu dah macam di awan-awangan tapi mujur betul jugak dia buat balik jawapan yang betul.Dia ni memang sengaja nak prank aku.
  
   Benz berpaling.Edina senyum.Senyum sengih .Benz buat mata mencerun.Mulut mencebik.
                                                                 ...... ...... .........